Showing posts with label Persoalan. Show all posts
Showing posts with label Persoalan. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Video Paling Lama Dalam YouTube


Aku musykil dan tak tahu apa jadahnya video ni. Takde input langsung
hahahhahaa


Takpe laa.. yang penting dapat record dalam youTube.
Tak sia sia la 9 hari dok record hahahahahaha

Wednesday, September 11, 2013

Kisah Benar Pasangan Kekasih (XFresh fm)


Aku tak tahu nak cakap apa..
Mungkin taraf kehidupan kat Malaysia ni menyebabkan perkara sebegini berlaku..
Hmm


Haaaa Mesti ada 2 3 yang bersangkut paut dengan korang yang masih single...
So, aku sarankan cuba korang elak benda tu berlaku ~

Takkan sampai ke tua nak membujang :) hehe

Friday, August 31, 2012

Lelaki Lembik Bukan Pondan

Kalau wanita zaman dahulu, kini dan selamanya, mereka semua masih mampu menanggung sakit bersalin, masih kuat dan berterusan pula kekuatan itu, mengapa lelaki yang dahulunya gagah menghunus pedang, kini menjadi lembik dan tidak bermaya?


Lembik yang dimaksudkan bukanlah literally lembik. Tiada otot, badan tak six pack dan sebagainya. Tetapi metaphorically lembik

Anda tanya bagaimana? Ni jawapannya..

- Berapa ramai lelaki yang lembik, tidak dapat menahan nafsu mereka, lalu banyak berlaku kes rogol, menonton bahan lucah dan sebagainya.

- Berapa ramai lelaki yang kalah dengan nikmat dunia, lalu ditinggalkan akhirat yang sepatutnya menjadi tujuan utama.

- Berapa ramai lelaki yang cintakan wanita, namun dilakukan dengan cara yang salah. Dijadikan wanita itu seolah-olah persalinan yang bertukar-tukar.

- Berapa ramai lelaki yang sanggup bangun tengah malam untuk menonton perlawanan bola sepak, namun penuh alasan dan lemah pula untuk bangun solat di malam hari.

- Berapa ramai yang lebih 'prefer' solat bersendirian di bilik, sedangkan solat jemaah itu 27 kali ganda hebat ganjarannya?

- Dan paling pedas, berapa ramai lelaki yang Subuhnya berjemaah di masjid/surau, berbanding dengan ramai nya solat Jumaat?

Blog Gamer Versi Malaysia

6 bulan aku tak sentuh blog.. hahaha agak berhabuk.. harap2 visitor tak lari dr blog ni hehe aku bz sikit.. maklum la last semesta.. lepas n...