Thursday, February 28, 2013

Pendakap Gigi Murah (Braces)

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus

Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.Menurutnya, pendakap gigi semakin popular terutama dalam kalangan remaja bukan kerana fungsi mencantikkan gigi tetapi lebih kepada trend atau fesyen semasa.

�Kalau mahu mencantikkan gigi, orang ramai perlu mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian,� katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas Bentong semalam.

Tiong Lai juga berkata, kerajaan boleh menyekat atau mengawal penjualan pendakap gigi namun tidak boleh mengawal pembelian menerusi internet.
Angkasawan Negara yang juga doktor gigi, Mejar Dr. Faiz Khaleed ketika dihubungi menganggap amalan memakai pendakap gigi yang dibeli melalui internet berbahaya dan merugikan diri sendiri.�Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal usulnya,� kata beliau.
Walaupun kos memasang set pendakap gigi di klinik boleh melebihi RM4,000, harga bagi set yang mempunyai pelbagai corak di internet hanya RM150 hingga RM170 sepasang.

Sumber : JB

Friday, February 22, 2013

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia

Bahagian jahat dalam otak manusia

BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.


Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,� katanya.


Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.  


Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku

jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.


"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline



Haaaaaa... Macam macam perangai ~


Haaaa Mesti ada 2 3 yang bersangkut paut dengan korang yang masih single...
So, aku sarankan cuba korang elak benda tu berlaku ~

Takkan sampai ke tua nak membujang :) hehe

Blog Gamer Versi Malaysia

6 bulan aku tak sentuh blog.. hahaha agak berhabuk.. harap2 visitor tak lari dr blog ni hehe aku bz sikit.. maklum la last semesta.. lepas n...